Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Kurator Gred S41, S44, S48, S52, S54, Penolong Kurator Gred S27, S32, S38 dan Pembantu Muzium Gred S17, S22, S26.
Kerajaan telah bersetuju supaya syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dan syarat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dari skim perkhidmatan Pembantu Muzium ke skim perkhidmatan Penolong Kurator diubah. Ini berikutan perubahan persekitaran yang memerlukan syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dikemaskinikan sejajar dengan keperluan semasa dan perubahan kurikulum pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Read more »