Sumbangan Gambar Dan Foto Bersejarah Sekitar Tahun 40-an Hingga 70-an Daerah Hulu Perak

PERHATIAN KEPADA WARGA MALAYSIA

Muzium Arkeologi Lenggong, Jabatan Muzium Malaysia bercadang untuk mengadakan pameran foto-foto lama dan bersejarah bagi menunjukkan suasana dan keadaan sepanjang proses pembangunan di sekitar daerah Hulu Perak.                                                                                

Muzium Arkeologi Lenggong amat memerlukan sumbangan  foto-foto atau gambar sekitar tahun 40-an hingga 70-an untuk dibuat salinan sahaja  dan direkodkan sebagai simpanan. Ia juga akan dipamerkan kepada orang ramai dalam bentuk Pameran Khas di Muzium Arkeologi Lenggong.                                        

Nama penyumbang akan dicatatkan bersama salinan foto dan gambar yang akan dipamerkan di galeri pameran. Sumbangan anda amatlah bermakna untuk membantu kami merealisasikan pameran ini. Pihak Muzium Arkeologi Lenggong mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan perhatian kepada seluruh Warga Malaysia yang berminat.


SUMBANGAN GAMBAR DAN FOTO BOLEH DI SALURKAN KEPADA :-

MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG

JABATAN MUZIUM MALAYSIA

KOTA TAMPAN, 33400,

LENGGONG PERAK DARUL RIDZUAN

TELEFON :- 05 - 7679700 / NO FAKS :- 05 - 7679703


No votes yet