Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960
Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960 ini diadakan di Muzium Negara bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009. Pameran ini memaparkan aspek-aspek pencetus darurat di Tanah Melayu serta pergolakan yang berlaku di sepanjang tempoh 1948 hingga 1960. Selain itu, pameran ini menerangkan dan memperlihatkan peranan dan perjuangan wira bangsa. Pameran ini juga adalah sebagai usaha untuk mendorong masyarakat celik sejarah disamping memupuk sikap cintakan negara.








Comments
Pameran seperti ini harus diadakan setiap tahun.
Pameran Darurat Rentetan Sejarah ini sememangnya harus diadakan pada bila-bila masa atau pada waktu-waktu tertentu bagi Pihak Muzium untuk melaksanakannya. Pameran seperti ini dapat memberi kesedaran dalam diri rakyat Malaysia Moden kini betapa susahnya perjuangan orang-orang Malaya terdahulu mempertahankan negara bagi mendapatkan kemerdekaan yang kini dapat kita rasai kesenangannya. Ia juga dapat memupuk semangat dalam diri generasi muda untuk terus berjuang mempertahankan negara. Saya juga berharap agar tentera-tentera yang ada sekarang tetap gigih bekerja, tidak alpa dengan tugas dan harus lebih bersyukur kerana mereka tidak sesusah tentera-tentera dahulu. Ini adalah kerana terdapat segelintir tentera-tentera muda yang mudah patah semangat dan ingin lari dari tugas hanya kerana dihantar ke tempat yang jauh dari bandar. Mereka lupa, janji mereka untuk bersedia menjalankan tugas dan berkhidmat di mana-mana sahaja. Oleh itu, saya berharap semua rakyat Malaysia dapat turut serta melawati Pameran ini di Muzium Negara.
bukan pameran ni dah start
bukan pameran ni dah start lma ke
re: bukan pameran ni dah start
Pameran ini hanya bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009 di Muzium Negara.
wajar kita sebagai pewaris
wajar kita sebagai pewaris kemerdekaan,menjaga permata yg tidak ternilai utk diberikan kpd generasi yg akan datang.ingatlah betapa sukarnya utk nenekmoyang kita dgn pengorbanan airmata,hartabenda dan masa demi ugama bangsa dan tanahair.
cuba kita renungkan matlamat mereka,semuanya kerana mereka tidak mau kita derita spt mereka dgn menumpang dinegeri sendiri.alangkah bahagianya mereka sekiranya ia mengetahui generasi kini tlh membayarsegala hasil usaha mereka dgn menjadikan tanahair tercinta ini aman dam makmur.
buat pemimpin bangsa,ingatlah segala apa yg berlaku andalah yg bertanggungjawab.oleh itu berilah sedikit masa agar dpt renungkan nasib bangsa sendiri,jangan ssampai diperkosa oleh oranglain sampai didepan mata kita tak terdaya membela mereka,
Kesedaran...
Memang sewajarnya pameran seperti ini diadakan demi memberikan kesedaran kepada golongan muda yang tidak melalui peristiwa Darurat Pertama dan Darurat Kedua. Saya tidak sempat merasai sepenuhnya peristiwa tersebut kerana pada peristiwa Darurat Kedua, saya masih kecil dan tidak memahami apa-apa kecuali hanya kenangan tersebut kembali sewaktu melihat trak-trak tentera melalui depan rumah nenek saya sambil membawa tentera yang tercedera.
Golongan muda sekarang sekurang-kurangnya menghargai perjuangan dan pengorbanan setiap insan yang berjuang menentang dan mengekang keganasan anasir komunis dan subversif lain yang cuba menjahanamkan kemakmuran negara ini. Mereka tidak sepatutnya mudah dipengaruhi ideologi-ideologi yang boleh menghuru-harakan kesejahteraan negara ini. Mungkin melalui pameran ini, apa yang dapat dilihat ialah paparan-paparan peristiwa sahaja tanpa merasai keperitan yang ditanggung oleh orang-orang terdahulu. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka dapat menjuruskan pemikiran mereka tentang apa sebenarnya darurat itu dan kesannya kepada negara dan bangsa Malaysia dahulu dan kini.
Hanya doa yang dapat dihulurkan buat mereka yang telah gugur dalam memertahankan kedaulatan negara ini dari ancaman anasir-anasir subversif ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat diatas pengorbanan besar mereka.