Unit Sumber Media
Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia mengumpul dan mewujudkan koleksi gambar yang meluas. Koleksi gambar diperolehi daripada pelbagai sumber Jabatan Muzium Malaysia seperti liputan langsung jurugambar, hasil dokumentasi penyelidikan, imbasan gambar dan fotograf lama dan
sebagainya. Gambar-gambar koleksi Jabatan Muzium Malaysia ini boleh diperolehi individu atau organisasi yang berminat.
Senarai Harga
-
Permohonan daripada Penerbitan / Syarikat / Penyelidikan dan badan-badan persendirian hanya boleh diterima sekiranya diluluskan oleh Ketua
Bahagian. - Bayaran foto yang dikenakan untuk Penerbitan / Syarikat dan Penyelidikan adalah seperti berikut:
|
KATEGORI
|
UKURAN
|
KADAR HARGA (RM)
|
UKURAN
|
KADAR HARGA (RM)
|
RESOLUSI
|
| Pelajar (Darjah 1 - 6) | A4 (8.75 x 11.75) |
3.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
6.00
|
300 dpi
|
| Pelajar (Tingkatan 1 - 6) | A4 (8.75 x 11.75) |
5.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
10.00
|
300 dpi
|
| IPTA / IPTS | A4 (8.75 x 11.75) |
15.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
30.00
|
300 dpi
|
| Bukan Pelajar / Individu | A4 (8.75 x 11.75) |
30.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
60.00
|
300 dpi
|
| Agensi Kerajaan | A4 (8.75 x 11.75) |
30.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
60.00
|
300 dpi
|
| Swasta (Bukan Komersil) | A4 (8.75 x 11.75) |
100.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
200.00
|
300 dpi
|
| Swasta (Tujuan Komersil) | A4 (8.75 x 11.75) |
200.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
500.00
|
300 dpi
|
- Pemohon hendaklah membuat bayaran pendahuluan semasa membuat sebarang pesanan. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai / cek kepada Unit Kewangan dan resit rasmi akan dikeluarkan (rujukan Perbendaharaan Negara (2.10) 248/13/1-1 Jld. 2 bertarikh 9.9.1977).
- Foto-foto yang dipamerkan atau diterbitkan hendaklah diberi pengenalan 'DENGAN IHSAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA' atau 'COURTESY OF THE DEPARTMENT' OF MUSEUM MALAYSIA'. Kebenaran untuk menerbitkan foto-foto tersebut hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi Kaunter Perkhidmatan Pengguna
8.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Khamis)
8.30 pagi -12.00 tengahari; 3.00 petang - 5.00 petang (Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Mohd Shahir bin Mohd Ali
shahir@jmm.gov.my
Alamat
Unit Sumber Media,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2267 1000
No. Faks: 03-2282 1275






