Events
| Thu | ||
|---|---|---|
Start: 00:00
End: 00:00
Date: 1 February 2010 - 31 July 2010 Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan. Start: 00:00
End: 00:00
Tarikh pameran: 26 Februari 2010 - 28 Mac 2010 Memaparkan tembikar zaman Pra Sejarah yang membuktikan kewujudan penempatan manusia awal di negara ini serta seramik biru putih yang menerangkan jalinan hubungan perdagangan dengan Negara China semasa era pemerintahan Dinasti Ming (1368 – 1644 Masihi). Turut dipamerkan seramik yang ditemui di dalam kapal karam di sepanjang perairan negara yang menjadi bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Thailand, China, negara-negara Eropah dan Timur Tengah sejak berkurun lamanya. Dengan kata lain, tembikar menjadi antara bukti sejarah paling penting dan berharga kepada kita semua dari pelbagai aspek, termasuk dari segi pensejarahan, pembuatan, kegunaan serta hubungkaitnya dengan kebudayaan manusia sejagat, khususnya di Asia Tenggara. | ||



