Reply to comment

Kesedaran...

Memang sewajarnya pameran seperti ini diadakan demi memberikan kesedaran kepada golongan muda yang tidak melalui peristiwa Darurat Pertama dan Darurat Kedua. Saya tidak sempat merasai sepenuhnya peristiwa tersebut kerana pada peristiwa Darurat Kedua, saya masih kecil dan tidak memahami apa-apa kecuali hanya kenangan tersebut kembali sewaktu melihat trak-trak tentera melalui depan rumah nenek saya sambil membawa tentera yang tercedera.

Golongan muda sekarang sekurang-kurangnya menghargai perjuangan dan pengorbanan setiap insan yang berjuang menentang dan mengekang keganasan anasir komunis dan subversif lain yang cuba menjahanamkan kemakmuran negara ini. Mereka tidak sepatutnya mudah dipengaruhi ideologi-ideologi yang boleh menghuru-harakan kesejahteraan negara ini. Mungkin melalui pameran ini, apa yang dapat dilihat ialah paparan-paparan peristiwa sahaja tanpa merasai keperitan yang ditanggung oleh orang-orang terdahulu. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka dapat menjuruskan pemikiran mereka tentang apa sebenarnya darurat itu dan kesannya kepada negara dan bangsa Malaysia dahulu dan kini.

Hanya doa yang dapat dihulurkan buat mereka yang telah gugur dalam memertahankan kedaulatan negara ini dari ancaman anasir-anasir subversif ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat diatas pengorbanan besar mereka.

Reply

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.